Wednesday, June 17, 2009

hujung mggu yg penat..

Aku nak memperkatakan mengenai sesuatu yg dilakukan sabtu lepas..
pagi2 dlm kul 10 aku kuar mengharungi lebuhraya ke LRT Bndr Tasik Selatan..
Park kete kat sna dan lepas tu naik LRT ke Berjaya Times Square.
sampai2 je trus naik tgkt 10 pasal de perjumpaan group MYC atau lebih dikenali sebagai meeting..
tp yg dtg hanya 5 org termasuk aku..Aust,Myth,Who dgn Eton..
objektif nya nak mencari nama len selain MYC(Malaysian Youth Club) pasal nak tubuhkan kelab bawah KBS(Kementerian Belia dan Sukan) klu xde cawangan lebih dari 6 xleh gune name Malaysia.selepas perbincangan beberapa ketika yg xmcm perbincangan Eton membelanjakan duit nya utk kami2 sume..hahah~
terima kasih Eton sebab belanja dekat Papa Pizza's..len kali leh blanje lg.
lepas tu Eton xtau kemana hilang disebabkan berjumpe kwn2nya..
aku,Aust,Myth dgn Who g melalak kat KTV depan BTS..2 jam gak kiteorg melalak..haha~
yg aku hangin dgn who..baik punye aku tgh tarik nyanyi lagu dan2 dia tersalah tekan butang cancel..hangin tul la..huuh~
pape pun nak letak gamba xlawa sebab kamera phone kan..gamba tau2 la..len la klu kamera digital..
yg penting enjoy hari sabtu tu...........

Isu semasa

Pagi2 yg indah ni tetibe idea nak menulis dtg..

pertama sekali isu PPSMI dgn bahasa Inggeris dijadikan subjek lulus dlm SPM..
pendapat aku la,aku setuju dgn PPSMI dgn B.I kna lulus dlm SPM..
sebab B.I tu umpama bahasa ilmu dlm dunia moden skrg.mengenai PPSMI,adekah ianya menyusah kan pelajar2 skrg?bg aku ianya tidak menyusah kan dgn syarat ade tekad yg gigih utk mempelajari dan memahami bahasa tersebut.B.I itu jika dipraktikkan setiap hari semakin hari akan jadi mahir jugak,tp klu dlm otak kita dah set yg belajar dlm B.I ni susah sebab tu jadi susah..
anggap bnda tu senang utk dipelajari.bukan nak compare dgn org skrg dan dlu..tp jika dilihat org zaman 70an,60an,50an belajar aliran Inggeris tp kenapa masih berjaya bertutur dgn lancar dalam bahasa Melayu dan membaca tulisan jawi?ini disebabkan pada zaman itu ilmu tu sukar utk dipelajari jadi bile ade peluang org2 zaman ini belajar dgn gigih tp skrg?ayah aku salah seorg yg mempelajari aliran Inggeris ini,dan ayah aku adelah org susah,ddk dekat kampung hulu Kedah tu..dekat Yan..tp kenapa boleh dapat A dlm BI dan BM??ianya bukan berkaitan masalah bahasa tp adelah sikap dlm diri sendiri.jika dilihat semasa pembelajaran math dan sains dlm BM masalah pelajar gagal masih berlaku..jadi apekah disebabkan masalah bahasa?mungkin dari logik akal bile kite mempelajari sesuatu dlm bahasa sendiri adalah mudah berbanding bahasa asing..tp klu ade kegigihan insyaAllah kita boleh berjaya.
lgpun yg membangkitkan isu PPSMI ini adelah org2 lama,pernahkan mereka bertanya pada pelajar yg mempelajari PPSMI ini?

mengenai B.I perlu lulus utk dapatkan sijil SPM..satu topik yg bagus utk diperkatakan.aku setuju klu ini dilakukan,ini supaya apabila pelajar2 ini masuk U tidak timbul masalah xfaham ape yg pensyarah ajar didepan..andai kata klu ramai yg xbersetuju pastikan MUET diambil oleh pelajar tingkatan 5 seluruhnya.bukan seseorg yg hendak masuk ke Universiti..


ape pun ini sekadar pendapat aku..maaf sebab pengunaan tatabahasa dan ejaan salah..

Friday, June 12, 2009

Kekecewaan yg agak kecewa..


Hari ni nak memperkatakan mengenai hal semalam.semalam ade beberapa org membe aku dtg putrajaya dgn niat yg tulus ikhlas nak daftar pertubuhan belia yg kerajaan galakkan tu.tp selepas sampai kat KBS aka Kementerian Belia dan Sukan dgn hampanya nama MYC xleh diguna pakai disebabkan Malaysian itu,Malaysian itu dimaksudkan dgn pertubuhan yg besar yg mempunyai cawangan di sekurang2 nya 6 negeri..tp kami hanya ade beberapa ahli saje dr negeri2..klu sorg satu negeri xleh gak kan.jadi skrg dlm misi mencari nama baru..sedih la jugak.hurm..sekadar luahan perasaan..yg pasti MYC akan ada cuma dgn nama yg berlainan,sape2 yg terbaca pastu rasa nak join g http://www.malaysianyouthclub.blogspot.com..

xpelah..yg pasti mcm semalam pegawai(kot) bile MYC ni klu daftar guna nama lain mean xde malaysian then selepas beberapa tahun ade cawangan lebih dr 6 negeri leh naik taraf pertubuhan ni jadi kebangsaan,mungkin mase tu MYC akan dpt digunakan..

~MAJULAH BELIA UTK NEGARA~

Thursday, June 11, 2009

Trip to Kelantan..(bahagian 1)

Akhirnya dapat jugak update blog nie..
mase terluang dapat digunakan sepenuh masa..
erm..dari hari isnin malam sampai khamis malam atau 1 Jun-4 Jun..
bermula trip pkul 10.45 malam isnin,sampai di Kelantan pada pkul 10.00pg Selasa..
lepas tu g Rantau Panjang dan check in hotel New Pacific Kota Bharu pada pkul 2.30 ptg...
disebabkan xde aktiviti jadi cuma minum ptg,pastu tido jeee...
dan hari Rabu baru start aktiviti pertama..dgr ceramah hari Q je..ni antara gamba2 nya..(gamba aku xde sgt)


mase nyanyi lagu negaraku..

bacaan doa..amin..

khusyuk dgr ceramah..

koir SPR..

jejaka koir..

awek + bini org..

makan time..

melantak..

urus setia..

selepas tu berakhirlah majlis hari Q...lepas tu aktiviti bebas..
gamba nye dlm sambungan kedua nanti..pasal aku xleh upload,dlm pc kat umah gamba2 nye..
letih dah menaip dgn kelembapan mengupload gamba..nnti akan disambung..insyaAllah secepat mungkin..

Monday, June 8, 2009

Mood yg berbeza..

erm..aku xtau la nape?
pesal ntah malas je dlm otak nie..
ikut hati nak upload gambar dlm blog nie..
tp nnti lah..
esok2 aku upload..
hehe~

tima kaseh pada ain yg sudi jenguk blog aku..
org len xde pun..
isk3~

Monday, June 1, 2009

madah pujangga...



Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan bertemu landasan yang tepat.
Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada orang yang leka.
Charles Cahier


Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
James Allen


Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
Peribahasa Cina


Orang yang bijaksana akan mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan yang dia cari.
Francis Bacon


Rahsia kejayaan adalah ketekalan tujuan.
Benjamin Disraeli


Tingkatkan diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
I. Salanter Lipkin


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam tindakannya.
Aristotle


Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengharunginya.
Albert Camus


Nilai manusia adalah semahal nilai cita-citanya.
Marcus Aurelius


Sesiapa yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Jose Joaquin Olmedo


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah ketika kegagalan itu berlaku dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Joseph Conrad


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel


Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang payah.
Philip Massinger


Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze


Kegagalan adalah asas kejayaan, dan kaedah bagaimana kejayaan dicapai.
Lao Tze


Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
Lao Tze


Kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kebolehan.
Flower A. Newhouse


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Cecil B. DeMille


Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu melakukan sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Peribahasa Melayu


Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Confucius


Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi.
Confucius

Menghayati opis yg sunyi...



Hari ni pagi2 g opis...kecoh bebenor..sume nak bersiap g Kelantan.
tau lah ade hari  Q dgm mlm APC..aku pun xsabar nak g..hehe.
jdi sementara beberapa hari di Kelantan,leh r g jln2..
yg pasti bile blog ni bru sgt,xde org nak jenguk..addeh...
nnti blik dr kelantan aku letak gamba aku g sna..


mood xde la hari ni..hati dah kat kelantan kot...
jasad je kat opis..