Tuesday, September 29, 2009

Raya 2009..

Hari ni adalah 10 syawal yg bererti dah masuk hari kesepuluh kita beraya..
aku pun dah start bekerja,sejak semalam lg.
rindu bulan ramadhan..terasa lain plak.

Raya pertama aku beraya dekat kajang,menikmati angin2 bandar..
duduk dekat rumah selepas sembahyang sunat aidilfitri sampai lepas zohor aku berangkat ke KL,menunggu kawan aku dan bergerak untuk beraya ke rumah kawan aku dekat Rawang.Kepergian ke sana diiringi deraian air hujan..sejuk je rasa.
selepas tu aku mengikut kawan aku ke rumah kawan nya..dekat pantai,satu lagi aku lupe..huhu~
maghrib aku bertolak ke Kajang semula..berehat2..

Raya kedua aku bertolak ke Melaka..menikmati angin2 highway sebelum sampai ke Melaka..
Indah sungguh beraya kat kampung terasa kemeriahan yang berbeza..dari sampai ke lepas asar masih lagi beraya..selepas maghrib je aku mula bertolak ke Kajang balik,agak dahsyat melihat pemanduan rakyat Malaysia,dgn accident...lepas tu asal npk org berhenti tepi jalan tekan brek untuk tgk..apa salah klu niat setakat nak tgk ko jln je trus..menganggu kelancaran jln raya.sampai senawang agak sesak..aku sampai Kajang selepas 2 jam aku bertolak dr Melaka,leh sampai Ipoh tu..

Raya ke-3,ke-4,ke-5,ke-6,ke-7..aku beraya di Kajang..
bersama kawan2 sekolah beraya rumah kawan2..
kenyang gile rase beberapa hari tu..

Raya ke-8..aku berangkat ke Slim River rumah sedara aku..
jalan xjammed jd boleh speed macam biasa..
lepas tgh hari baru aku berangkat ke Kajang semula,singgah di Shah Alam rumah mak itam aku..
lepas tu rumah kawan kakak aku..penat mkn je rase..
malam aku lepak rumah,gosok baju..siap2 esok nak kje......

Indah rasenye raye setiap tahun walaupun xsemeriah zaman kanak2..
yg pasti adakah kita akan bertemu bulan Ramadhan thn hadapan?dan menikmati kemeriahan syawal?
rindu pada arwah tok dan nenek aku..

*gambar xde..malas nak upload*

Tuesday, September 15, 2009

Hari - hari terakhir Ramadhan..

Alhamdulillah akhirnya sudah masuk Ramadhan ke 25 untuk hari ini,bersyukur sangat2..

Mood sudah mari utk menaip semula,pagi ni hari yangsangat indah..hujan mencurah2..best gila,sejuk je...

Aku rasa syukur sebab kewangan stabil untuk sambut raya,alhamdulillah..bagaimana la pada mereka yang kewangan x berapa stabil kan..

Esok nak g bukak puasa kat luar..yeye~~

Raya balik melaka..yuhuu~~

Pada kawan-kawan aku mohon ampun beribu maaf juka ada salah faham atau terkasar bahasa..aku cuma manusia biasa,xterdaya untuk tidak melakukan kesilapan..aku mohon maaf sangat2 sempena syawal yang hendak menjelang.Pada seseorang yang aku pernah sayang, maafkan aku..aku xsempurna,mungkin bukan untuk kamu.Pada yg balik kg..jaga diri anda dari wabak HsatuNsatu(H1N1)..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN