Thursday, November 26, 2009
Selamat Aidiladha..
aku terasa nak menaip plak.lyn gak ddk lelama kat starbucks nie..hehe~~
tenet pun laju je.Esok raya aidiladha..alhamdulillah berpeluang sekali lagi..
dlm keadaan cuaca yg baik beberapa hari nie..moga esok aidiladha akan disambut dgn meriah.
Pada yg ddk di pantai Timur semoga banjir telah surut.
Senang sekali hati aku skrg..sejak dikecewakan..
skrg aku nak rilex..sorg2 pun ok pe..xdela sampai aku pun rasa sunyi..
adik beradik dgn kwn2 ramai..
Malam ni nak g tgk twilight..haha~~
Buku RAM xbeli lg..
addoi...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA semua..
mudah2han suatu hari dpt kite sambut aidiladha di Mekah al-Mukaramah..
Wednesday, October 28, 2009
Pagi Rabu..
agak kesibukan dengan kerja..
sejak akhir2 ni ada sesuatu yg menganggu fikiran aku..
kisah lama yg kdg2 muncul secara tiba2..kisah yg sukar nak aku lupakan begitu saja..
Dgn kisah seseorg yg muncul dlm hidup aku..
tp aku seperti xmenghargai kehadirannya langsung..KENAPAKAH?
Aku bersyukur dgn apa yg berlaku dahulu sekurgnya aku dpt mengambil pengajaran dr apa yg berlaku..
Di sini aku nak komen,kenapa isu politik mesti ada setiap hari di akhbar2?
Harakah kutuk kerajaan,Kerajaan kutuk Pembangkang..
adakah itu yg dinamakan demokrasi?itu yg diinginkan semua pihak?
bagi aku,pihak pembangkang seharusnya menjadi pihak yg membetulkan Kerajaan Pusat..
kalau setakat berkata2,xguna..jadilah pembangkang yg mentadbir bersama..
bukan menimbulkan isu yg dah lapuk dan berulang2 kali diperkatakan..
Mengenai audit dlm negara..terkejut kan?
hehe..kenapa boleh jadi mcm tu?
nilai pembelian melebihi nilai sebenar barangan..
argh...aku tension nak fkr..
aku nak kerja,ujung bulan gaji..
tgk dan dengar pendapat mengenai isu negara..
nak sambung kje..=))
Monday, October 12, 2009
Hari2 yg indah...
aku xde pe nak taip actually tp aku xtau pesal aku nak taip gak nie..
hati tgh berbunge2 kot..seseorg hadir secara tibe2...huhu~~
yelah,btul org ckp kdg2 kite xnpk hikmah di sebalik semua yg berlaku masa lalu..
tp Dia bg kita satu lagi peluang walaupun dgn org lain..
moga perhubungan ni kekal.
aku nak ulas skit kot pasal harga rokok..yg dah naik 20sen..
terasa tu..nak benti,tp 2,3 hari isap balik..
mcm xde kekuatan..Ya Allah beri aku kekuatan..
Kdg2 terkenang kenangan lalu..
tp yg berlalu xkan berulang..
syawal nak habis dah..
open house bersepah sana sni..
rase mkn free je..
dah xtau nak merepek ape..
aku nak sambung kje la..
hehe~~
Tuesday, September 29, 2009
Raya 2009..
aku pun dah start bekerja,sejak semalam lg.
rindu bulan ramadhan..terasa lain plak.
Raya pertama aku beraya dekat kajang,menikmati angin2 bandar..
duduk dekat rumah selepas sembahyang sunat aidilfitri sampai lepas zohor aku berangkat ke KL,menunggu kawan aku dan bergerak untuk beraya ke rumah kawan aku dekat Rawang.Kepergian ke sana diiringi deraian air hujan..sejuk je rasa.
selepas tu aku mengikut kawan aku ke rumah kawan nya..dekat pantai,satu lagi aku lupe..huhu~
maghrib aku bertolak ke Kajang semula..berehat2..
Raya kedua aku bertolak ke Melaka..menikmati angin2 highway sebelum sampai ke Melaka..
Indah sungguh beraya kat kampung terasa kemeriahan yang berbeza..dari sampai ke lepas asar masih lagi beraya..selepas maghrib je aku mula bertolak ke Kajang balik,agak dahsyat melihat pemanduan rakyat Malaysia,dgn accident...lepas tu asal npk org berhenti tepi jalan tekan brek untuk tgk..apa salah klu niat setakat nak tgk ko jln je trus..menganggu kelancaran jln raya.sampai senawang agak sesak..aku sampai Kajang selepas 2 jam aku bertolak dr Melaka,leh sampai Ipoh tu..
Raya ke-3,ke-4,ke-5,ke-6,ke-7..aku beraya di Kajang..
bersama kawan2 sekolah beraya rumah kawan2..
kenyang gile rase beberapa hari tu..
Raya ke-8..aku berangkat ke Slim River rumah sedara aku..
jalan xjammed jd boleh speed macam biasa..
lepas tgh hari baru aku berangkat ke Kajang semula,singgah di Shah Alam rumah mak itam aku..
lepas tu rumah kawan kakak aku..penat mkn je rase..
malam aku lepak rumah,gosok baju..siap2 esok nak kje......
Indah rasenye raye setiap tahun walaupun xsemeriah zaman kanak2..
yg pasti adakah kita akan bertemu bulan Ramadhan thn hadapan?dan menikmati kemeriahan syawal?
rindu pada arwah tok dan nenek aku..
*gambar xde..malas nak upload*
Tuesday, September 15, 2009
Hari - hari terakhir Ramadhan..
Mood sudah mari utk menaip semula,pagi ni hari yangsangat indah..hujan mencurah2..best gila,sejuk je...
Aku rasa syukur sebab kewangan stabil untuk sambut raya,alhamdulillah..bagaimana la pada mereka yang kewangan x berapa stabil kan..
Esok nak g bukak puasa kat luar..yeye~~
Raya balik melaka..yuhuu~~
Pada kawan-kawan aku mohon ampun beribu maaf juka ada salah faham atau terkasar bahasa..aku cuma manusia biasa,xterdaya untuk tidak melakukan kesilapan..aku mohon maaf sangat2 sempena syawal yang hendak menjelang.Pada seseorang yang aku pernah sayang, maafkan aku..aku xsempurna,mungkin bukan untuk kamu.Pada yg balik kg..jaga diri anda dari wabak HsatuNsatu(H1N1)..
Monday, August 31, 2009
Hati yg kecewa,badan yg penat..dan Hari kebangsaan..
Saturday, August 29, 2009
Kesabaran di bulan Ramadhan..
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan yg indah..
Friday, August 21, 2009
Hari2 terakhir sebelum puasa..
Thursday, August 20, 2009
Indahnya hari..
Saturday, August 15, 2009
Aku dan dia..
Wednesday, August 12, 2009
Cinta ke?
Friday, August 7, 2009
H1N1?(H satu N satu)
Tuesday, August 4, 2009
Ulasan reformasi hari tu..
Saturday, August 1, 2009
Hari yg mendukacitakan..
Tuesday, July 28, 2009
Hari yang merasakan diri xbest
Saturday, July 25, 2009
Minggu lepas yg sedih...
Tuesday, July 14, 2009
Minggu lepas yg indah..
Friday, July 3, 2009
Hati tertanya..
Wednesday, July 1, 2009
One drop perfumes...
Wednesday, June 17, 2009
hujung mggu yg penat..
Isu semasa
Friday, June 12, 2009
Kekecewaan yg agak kecewa..

Thursday, June 11, 2009
Trip to Kelantan..(bahagian 1)
Monday, June 8, 2009
Mood yg berbeza..
Monday, June 1, 2009
madah pujangga...
Kejayaan tidak datang kepada orang yang leka.
Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
Peribahasa Cina
Orang yang bijaksana akan mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan yang dia cari.
Francis Bacon
Rahsia kejayaan adalah ketekalan tujuan.
Benjamin Disraeli
Tingkatkan diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam tindakannya.
Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengharunginya.
Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai cita-citanya.
Marcus Aurelius
Sesiapa yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah ketika kegagalan itu berlaku dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang payah.
Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze
Kegagalan adalah asas kejayaan, dan kaedah bagaimana kejayaan dicapai.
Lao Tze
Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
Lao Tze
Kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kebolehan.
Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Cecil B. DeMille
Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu melakukan sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Confucius
Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi.
Confucius
Menghayati opis yg sunyi...
Friday, May 29, 2009
.jpg)
.jpg)